“Acah Tersakiti & Dicurangi, Menyampah!” – Ciapan Kakak Ira Kazar Sindir Puteri Sarah?

Heboh di serata media sosial mengenai ciapan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Yasmin Kazar yang didakwa menyindir pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana dan keluarga Datuk Yusof Haslam.

Kakak kepada isteri kedua pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar itu meluahkan rasa berang dan mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang kerap berkongsi masalah di media sosial.

“Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?” katanya..

Dalam pada itu, Kakak Ira turut mengelarkan Puteri Sarah seorang yang ‘fake’ serta menyifatkan tindakannya acap kali berkongsi kemelut rumah tangga dikatakan sangat lucu. 

“‘Kinda funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat. ‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ fitnah dari ‘fake account’. ‘You are damn funny, girl’. Oh and fake too,” tulisnya. 

Bagaimanapun berdasarkan pemerhatian XTRA, ciapan tersebut telahpun dipadam dan ruang Twitter serta Instagramnya turut tidak dapat dijumpai. 

Sebelum ini, konflik rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah akhirnya terlerai selepas pengakbuan berani mati pengarah tersebut memaklumkan telah bernikah dengan Ira pada 6 Januari lalu.

Susulan itu, Puteri Sarah bertegas akan memfailkan cerai pada Isnin, 16 Januari. 

Artikel Berkaitan: Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Artikel Berkaitan: “This Is The Best For Me, Doakan!” – Puteri Sarah Fail Cerai

Kredit/Sumber: Harian Metro

Aqilah Paharuzi