Achey Rindu Abam, Masih Hantar Whatsapp Dalam Group BOCEY

Kehilangan orang yang paling rapat, dan begitu dekat dihati amat menyakitkan. Begitu juga dengan dua rakan karib Allahyarham Abam iaitu Achey dan Fad. 

Hari ini, Fad sempat berkongsi gambar whatsappnya bersama Achey menerusi laman akaun instagramnya. Kelihatan seolah-olah Achey masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa rakannya yang sudah dianggap seperti adik beradik itu telah pergi meninggalkan mereka berdua.

Achey seru Allahyarham Abam di group whatsapp

Achey dilihat memberi salam dan bertanya mengenai perkembangan projek saluran Youtube mereka bertiga dan menyeru nama Abam seolah-olah arwah masih hidup.

Namun, Fad meminta rakan baiknya itu tidak memulakan drama sedih antara mereka kerana dia sendiri mengelak untuk tidak masuk ke ruangan whatsapp mereka. 

Apapun, semoga rakan-rakan seperjuangan arwah tabah dan kuat menerima dugaan ini.

Salma Syahbuddin