Categories: Hiburan

ADA APA DENGAN KUMPULAN DAMASUTRA – AIR MATA ROHINGYA

Siapa yang tak pernah dengar lagu “Umpama mimpi, dalam mimpi” dan juga “sufi” kan?

Setelah lama senyap dalam industri tanah air, kali ini kumpulan Damasutra yang dianggotai oleh  Baggio (vokal), Amran (bass), Alok (gitar utama) dan Assu (drum) hadir untuk menghangatkan Hard Rock Cafe.

Kumpulan Damasutra ketika menandatangani perjanjian bersama Presiden INSAF

Haa.. nak tahu untuk apa?

Kumpulan Damasutra kini kembali dengan “Live Music” Amal mereka bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan kepada warga Rohingnya dan juga program amal seluruh Malaysia anjuran INSAF.

Dana yang dikutip akan disalurkan terus kepada warga Rohingya yang ditempatkan di Kem Perlindungan Cox Bazar, Bangladesh dan kepada program INSAF di seluruh Malaysia.

Bagi mereka, peluang ini harus diambil kerana sebagai seorang artis, ini adalah salah satu bentuk sumbangan mereka terhadap misi kemanusiaan.

Tahniah Damasutra!

Salma Syahbuddin