Categories: HiburanSelebriti

Yuna, Adam Sinclair Bersanding 28 Januari Tahun Depan

Selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama Adam Sinclair awal Ogos lalu, Yuna  mendedahkan, majlis persandingan mereka bakal diadakan pada hujung bulan Januari tahun depan. Bagaimanapun tarikh pernikahan pasangan itu masih dirahsiakan.

“Wahhhh! Tahniah di ucapkan kepada penyanyi popular Yuna dan tunangnya, Adam Sinclair yang akan melangsungkan pernikahan pada bulan Januari tahun depan.  kad undangan ke majlis persandingan Yuna dan Adam yang akan diadakan pada 28 Januari 2018”

“Sumber yang layangkan kad jemputan perkahwinan Yuna dan Adam beritahu, majlis persandingan pasangan sama cantik sama padan itu akan diadakan di Putrajaya Convention Center,” ujarnya

Menurut sumber itu, kad undangan perkahwinan mereka tampak ringkas tetapi elegan dengan wajah Yuna dan pasangan di depan kad yang berwarna agak ‘vintage’. Sebelum ini, Yuna difahamkan rancak membuat persiapan perkahwinan dan sering mengemas kini perkembangan di laman sosial.

Apapun tahniah diucapkan kepada Yuna dan pasangan. Semoga segala persiapan dan perancangan yang dijalankan berjalan dengan lancar

SGMS Enal