Fad Tak Kisah Kalau Tak Menang, Asalkan…

Tercalon dalam kategori Penyampai Radio Popular dan Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31, Fad mengaku dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.

Fad yang baru tampil dengan single berjudul Bila Pergi memaklumkan jika namanya berjaya membolos senarai Top 5, ia sudah cukup baik.

“ Segalanya terserah kepada peminat dan pengundi.

“Untuk menang itu saya fikir mustahil kerana persaingan sengit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fad memberitahu dia kini sibuk dalam rangka mempromosikan single terbarunya.

“ Lagu balada rap ini cukup istimewa, bukan kosong semata-mata. 

“Sejak pandai bermain gitar, saya selalu mencuba ‘jamming’ lagu ini sehingga terbit melodinya,” katanya yang melancarkan single itu di YouTube, baru-baru ini.

Bila pergi merupakan hasil ciptaan bersama Sang Kudus turut menampilkan Raqib sebagai rakan duet.

“Saya dan Rajiq rajin ‘jamming’ bersama. Kami banyak berkongsi rasa. Selalunya, aliran pemikiran kami sama dan sering bantu-membantu.

“Saya tak mahu membataskan diri dengan melawak saja. Disebabkan itulah saya mencuba nasib menjadi penyampai radio dan hos serta nyanyian,” katanya kepada BH Online. 

Jangan lupa undi Fad bagi kategori Penyampai Radio Popular dan Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31. Ayuh! 

SGMS Faida