Categories: Gaya Hidup

12 Foto Cara Pembungkusan Bahan Makanan Yang Kreatif! No. 7 Paling Genius

Walaupun kita akan gunakan bahan yang terkandung di dalam pembungkusan sesuatu produk itu, bahagian luarannya juga penting. Ia boleh mempengaruhi keputusan kita untuk membeli barang tersebut. 

Anda mesti pernah beli sesuatu produk itu kerana packagingnya cantik, kan? Sesetengah orang pula sanggup beli sesuatu barang itu semata-mata untuk kotak pembungkusnya. 

Ternyata, rupa luaran produk juga penting. Dan mereka yang berjaya mereka bentuk packaging yang menarik perhatian memang patut diberi jutaan pujian kerana ada yang sangat kreatif!

Jom kita lihat contoh-contoh rupa pembungkusan makanan yang “genius”. Kebanyakannya anda tak pernah terfikir pun!

1. Nampak macam lembu itu tengah “diculik” dan dibawa naik ke dalam pesawat makhluk asing!

Foto: media Creative Bureau / Via behance.net

2. Macam-macam stail rambut boleh digayakan dengan menggunakan pasta!

Foto: NIKITA ONKIN / Via nikitakonkin.com

3. Yang ini pula untuk gaya dan tekstur janggut panjang.

Foto: Mr Flax / Via thedieline.com

4. Comelnya! Dah bakar biskut, keluarkan daripada oven.

Foto: Thelma’s Treats / Via thedieline.com

5. Cawan kopi ini tak adalah secantik mana, tapi ia berciri biodegradable. Maknanya ia boleh direput atau diuraikan secara biologi semula jadi. Baguslah untuk alam sekitar.

Bukan itu saja! Terkandung dalam cawan kopi ini adalah biji benih untuk tumbuhan bunga liar yang berasal daripada di mana pokok kopi itu ditanam. Jadi bila anda menanam cawan ini, lama-lama pokok bunga liar akan tumbuh!

Foto: Reduce. Reuse. Grow. / Via kickstarter.com

6. Botol air mineral ini dibentuk sebegitu rupa supaya ia boleh disusun secara bertingkat-tingkat.

Foto: Pedrita Studio / Via pedrita.net

7. Percaya tak? Pizza Hut Hong Kong telah menghasilkan kotak piza yang juga boleh digunakan sebagai video projector! Tengok, siap ada lens lagi.

Foto: Pizza Hut / Via theverge.com

Tengok video ini untuk tutorialnya.

8. Uncang teh ini direka bentuk macam ikan emas. Tengok ekornya! Jadi bila ia direndam dalam air, warnanya akan terserlah dan memang nampak macam ikan.

Foto: Charm Villa / Via timesnews.gr

9. Packaging unik untuk biskut ini telah direka khas oleh 4 orang pelajar. Kreatifnya!

Foto: Emma Waleij, Hanna Simu, Alma Lindstrom and Maja Ahlund / Via trendhunter.com

10. Alaa, comel! Besar mulut beruang ini!

Foto: Heartland Brands / Lacy Kuhn / Via ibrandstudio.com

11. Yang ini pun comel juga. Topi garden gnome kan tinggi dan tajam?

Foto: Lo Siento / Via losiento.net

12. Yang ini pula genius. Keju Parmesan ini dijual dalam bentuk pensel, dan datang dengan pengasah! Senanglah bila nak makan dengan salad. Tak payar cari pemarut. 

Foto: he Deli Garage / Via foodbeast.com

Sumber: Buzzfeed

Ad Ops