“Ada Saksi Lihat Hafidz & Athira Di Bazar Ramadan” – Nurul Shuhada

“Tidak dinafikan saya ada menerima mesej di Instagram bahawa ada yang terlihat mereka di bazar Ramadan”.

Demikian kata Nurul Shuhada Mat Sukri selepas memaklumkan ada individu yang terlihat kelibat suaminya, Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada baru-baru ini.

Menurut Shuhada, buat masa ini dia enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana dia bersama-sama peguamnya akan menyiasat tentang perkongsian tersebut bagi menyokong tindakan undang-undang yang diambil terhadap mereka.

“Maaf saya tidak boleh bercakap banyak mengenai isu ini. Tapi ini membuktikan mereka masih lagi berhubung,” katanya.

Sebelum ini, Shuhada mengesahkan bahawa ada menerima tuntutan fitnah melalui surat peguam Athira susulan kenyataannya yang dimuat naik pada 15 Februari lalu.

Bagaimanpun, Shuhada menganggap saman yang difailkan Athira itu sebagai ujian untuk dirinya.

Terdahulu, Athira didakwa sebagai individu ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangga Hafidz  Roshdi dan Shuhada tampil memohon maaf secara terbuka selepas tangkap layar pesanan mesranya bersama Hafidz tular di media sosial.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:Ada Isu Lafaz Cerai Lebih Awal, Kes Hafidz Roshdi – Nurul Shuhada Ditangguh Ke 9 Mei

ARTIKEL BERKAITAN:“Tengok Jodoh Macam Mana… Rasa Sayang Terhadap Nurul Shuhada 50-50” – Hafidz Roshdi

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi Tepis Spekulasi Kahwin Lain – “Insya-Allah Jika Saya Bercerai Ni, Saya Single”

ARTIKEL BERKAITAN:“How Selfish They Are” – Nurul Shuhada Dedah Pola Tidur & Kesihatan Mental Anak Berterusan Kacau

 

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin