“Ada Vibes Macam Arwah ” – Kongsi Video Di TikTok, Netizen ‘Claim’ Watie Hanifiah Manja Macam Siti Sarah

Berbaki beberapa minggu sahaja lagi sebelum mendirikan rumah tangga, tunang kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendapat perhatian selepas peminat berkongsi semula rakaman Instagram Story (IGS) milik Watie di TiKTok.

Menerusi video yang hanya berdurasi 16 saat itu, Watie kelihatan sedang menunggu didalam sebuah kereta sebelum merakam gelagat Shuib menuju ke kenderaan terbabit sambil membawa makanan tambahan miliknya.

“Eh, cik tunang kita dah membawa berryfull. Hello cik tunang, bawa apa tu?,” katanya.

Manakala, menerusi perkongsian tersebut peminat turut menganggap Watie memiliki sifat manja seperti arwah Siti Sarah.

“Manja sangat Watie dengan Shuib … ada vibes-vibes macam arwah dulu,” tulis pada video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga bersetuju dan menyifatkan Shuib bertuah memiliki bakal isteri yang penyayang.

“Suara Watie hampir sama dengan arwah.

“Arwah memang suka buat video, membebel… inilah vibes arwah. Suka bergurau dengan laki dia.

“Suara Watie sama macam arwah, moga bahagia.

“Watie memang ada persamaan dengan arwah, itu pasal anak-anak boleh rapat sebab dia pun sejenis suka budak-budak dan penyayang.

“1o kali ulang memang sama. Moga mereka kekal bahagia selamanya.

“Sejenis suka melawak juga Watie ni. Tengok lah cara dia layan Shuib sama macam arwah,” komen netizen.

Salma Syahbuddin