Bakal Kahwin Dengan Athirah Yuhada? Ini Jawapan Hafidz Roshdi

Selepas disahkan waras dan pertuduhan yang didakwa ke atasnya layak dibicarakan oleh Mahkamah, pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan bakal berkongsi mengenai status hubungannya bersama wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada.

Memetik laporan mStar, pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi, 29, itu berkata perkara tersebut akan dikongsikan selepas selesai prosiding penceraian dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

“Sekarang masih di bawah perbicaraan kes mahkamah, saya pun tak boleh nak cakap apa-apa lagi.

“Pengakuan untuk dia (hubungan), saya akan buat selepas bercerai. Buat masa ini no komen! Itu di bawah perancangan nantilah,” katanya.

Pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu meluahkan rasa syukur apabila dapat bertemu dengan anak-anaknya iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Namun, Hafidz turut memaklumkan dia masih tidak bertemu dan berhubung dengan Shuhada sebaliknya melalui peguam sahaja.

“Alhamdulillah. Saya ada berjumpa dengan anak-anak sebelum ini.

“Saya juga tidak bertemu dengan dia langsung buat masa ini. Semuanya melalui peguam,” jelas Hafidz.

Dalam pada itu, Hafidz berkata dia tidak mengambil peduli mengenai cakap-cakap netizen yang menggelarkan dirinya kurang waras atau psiko.

“Saya tak baca komen di media sosial dan saya tak ambil peduli langsung, minta maaf ya,” katanya ringkas.

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru hari ini mengesahkan Hafidz disahkan waras dan pertuduhan didakwa ke atasnya layak dibicarakan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri pada sebutan semula dan laporan psikiatri hari ini di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret.

ARTIKEL BERKAITAN: “Allah Saksi Sebenar-Benarnya…” – Terbukti Hafidz Roshdi Waras, Nurul Shuhada Minta Diadili Dengan Baik

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Waras! Kes Pukul Isteri Diteruskan Pada…

Sumber: mStar

Khairil Khusyairi