Adi Putra Sahkan Tidak Terlibat Dalam Mat Kilau 2 – “Saya Terima Qada & Qadar”

Pelakon Datuk Adi Putra memaklumkan dia tidak akan terlibat dalam filem prekuel Mat Kilau.

Memetik laporan Gempak, Adi akur menerima keputusan itu selepas mendapat pengesahan mengenai perkara tersebut.

“Saya dapat pengesahan menerusi kenyataan yang dikeluarkan daripada penerbit, jadi pengesahan saya akur dengan pengesahan yang dibuat.

“Saya terima dengan qada dan qadar. Saya juga tidak mempersoalkan mengenai perkara tersebut. Saya reda,” katanya

Tambah aktor kelahiran Singapura itu, dia memberitahu bahawa seorang pelakon tiada hak untuk membuat pemilihan dalam sesebuah karya.

“Saya tak mahu komen, namun saya tetap melahirkan rasa syukur dan alhamdulillah sebab penerbit dan pelakon ada batasan.

“Penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh.

“Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” tambahnya.

Sumber: Gempak

Khairil Khusyairi