Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih Hati Secara Terbuka… – “She Said Yes”

Pelakon terkenal Aedy Ashraf mengejutkan orang ramai apabila dia bertindak berani melamar pelakon jelita Amelia Henderson untuk menjadi kekasih hatinya.

Suasana yang cukup romantis itu dipaparkan secara langsung menerusi Instagram Live @absolutfoodfest serta dirakam oleh pengunjung yang hadir ke festival makanan terbesar tersebut.

Malah, video lamaran Aedy itu turut tular ke ruangan media sosial Twitter dan TikTok serta mendapat pelbagai reaksi peminat mereka yang gembira dengan berita tersebut.

Video terbabit memaparkan Aedy yang sedang melutut di hadapan Amelia yang terkejut dengan tindakan Aedy itu.

“Amelia Henderson, would you be my…girlfriend?” kata Aedy.

Amelia yang seakan terkejut dengan reaksi spontan Aedy itu kelihatan kelu untuk berkata-kata, namun akhirnya bersetuju untuk menjadi kekasih hati Aedy.

Setelah Amelia menerima lamaran itu, Aedy yang tampak sangat bahagia terus berlari sekitar dataran tersebut dan berkata kepada Amelia dia telah menanti selama dua tahun untuk melamarnya.

Wahhhh, dalam diam Aedy ada ‘crush’ rupanya ya!

Meninjau di ruangan media sosial Twitter, ramai antara peminat mereka yang seakan merestui hubungan tersebut dan turut tumpang bahagia sehingga ada yang ingin mengalirkan air mata. Amboi!

Ada juga dalam kalangan mereka yang berterima kasih kepada drama slot Akasia TV3 iaitu drama Kisah Cinta Kita gandingan Aedy dan Amelia kerana dipercayai telah mengeratkan hubungan mereka sehingga menjadi kekasih dalam kehidupan realiti.


Oh, boleh kata cinta lokasilah ni kan? Hihi..

Aedy turut berkongsi ciapan di Twitter mengenai perkara terbabit.

“She said yes,” tulis Aedy.

Amelia turut membalas ciapan tersebut dengan emoji comel.

Bagaimanapun, tindakan Aedy tersebut masih tidak pasti sama ada ia hanya sekadar gimik ‘marketing’ ataupun tidak, namun dapat dilihat Aedy seakan benar-benar ikhlas untuk meluahkan isi hatinya kepada pelakon kacukan India-Scotland itu.

Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada mereka.

Aqilah Paharuzi