Hiburan By: SGMS Faida August 20, 2019 @ 12:05pm

Afgan Bawa Sheila Majid Ke Pentas Konsert Inspirasi 5 Oktober Ini!

Kurang dua bulan dari konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019, namun sebanyak 75% tiket konsert telah terjual!

Itulah penangan penyanyi terkemuka dari Indonesia, Afgan atau nama sebenar Afgansyah Reza yang bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 yang turut menampilkan Dato’ Shiela Majid pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur.

Selepas kejayaan mengadakan siri Konsert DEKADE di Malaysia tahun lalu dan di Indonesia awal bulan ini, penyanyi kelahiran Jakarta ini menjanjikan kelainan dari konsert yang pernah diadakan sebelum ini.

“Konsert ini berkisar mengenai sumber inspirasi dalam kerjaya seni saya selama ini dan diharap ianya dapat menaikkan semangat penonton untuk terus berusaha dalam mencapai apa yang diimpikan dalam hidup. Selain itu, konsert ini cukup istimewa dengan kehadiran idola saya Dato’ Sheila Majid dan ia merupakan satu peng hormatan dan impian saya untuk mengadakan persembahan bersama beliau khususnya buat peminat di Malaysia”, kata Afgan.

Manakala bagi Dato’ Shiela Majid, “Afgan merupakan antara penyanyi lelaki yang cukup berbakat dan pencapaian beliau sepanjang lebih 11 tahun di industri muzik amat membanggakan,” katanya.

Gabungan dua penyanyi tersohor Indonesia dan Malaysia ini pasti memberi satu energi luar biasa dan kepuasan kepada peminat muzik tanah air.

Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 merupakan konsert terakhir Afgan sebelum beliau berehat seketika dari industri muzik setelah hampir 11 tahun berkarya tanpa henti dan ini memberi peluang buat beliau untuk menghasilkan karya lebih segar di masa hadapan.

Keputusan untuk menganjurkan konsert pelantun lagu Terima Kasih Cinta ini dianggap pilihan yang tepat bagi Popcorn Studio Sdn Bhd kerana semenjak tahun 2015 hampir setiap tahun Afgan mengadakan konsert berskala besar di Malaysia.

“Afgan merupakan nama besar dalam industri muzik di rantau Asia dan ini dapat dilihat menerusi kekuatan populariti dan permintaan tinggi khususnya dari peminat muzik di Malaysia. Ini juga terbukti apabila tiket yang mula dijual pada 25 Jun 2019 kini hampir 75% telah laris dijual. Justeru itu, peminat Afgan jangan ketinggalan mendapatkan tiket ke konsert ini”, kata Erik Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Popcorn Studio Sdn Bhd.

Popcorn Studio Sdn Bhd juga telah menganjurkan tiga peraduan menerusi media sosial buat peminat setia Afgan iaitu “Tag &Win” (2 tiket VIP), Smule “Bintang Inspirasi” (2 tiket Gold dan berpeluang bertemu Afgan) dan “Tag &Share” (2 tiket Silver) dan sambutan yang diterima amat menggalakkan

Selain Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini turut mendapat tajaan dan kerjasama dari HGH Convention Centre, Durian King TTDI, Ganad, Redbox dan Greenbox

Peminat Afgan masih belum terlambat untuk mendapatkan tiket konsert dengan melayari http://proticket.com.my/inspirasi2019-afganliveinkualalumpur/ Tiket dijual pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box) dan pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and Greet dan minuman ringan sebelum konsert.

Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 bakal memberikan satu kepuasan dan kolaborasi beliau bersama Dato’ Shiela Majid amat dinantikan para peminat muzik di Malaysia Indonesia dan Brunei.

Dapatkan segera tiket konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 untuk menyaksikan sebuah persembahan yang bakal meninggalkan momen manis dan indah buat semua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Dimarahi Produser Antara Pengalaman Pahit Sarah Hildebrand Dalam Pujaan Hati Kanda

Tahniah Sarah! Di harap Sarah akan banyak lagi berlakon dan bawa watak-watak jahat macam Nadine!

Hiburan Sat, 27 Jan 2018

Kenapa Yuna Rahsiakan Perkahwinan

Betul ke Yuna rahsiakan perkahwinan dan kenapa perlu berbuat sebegitu

Featured Fri, 6 May 2022

“Suka Hati Dia La… Kau Apa Hal? – Fazley Yaakob Bengang Netizen Kritik Isteri Tindik Hidung

Alahai… orang lain yang tindik hidung orang lain yang panas! ada ja yang tak kena kan dengan netizen ni

Hiburan Sun, 12 Jan 2020

“Lentik Tak Lentik, Tunggulah..” – Bob Yusof

“Ini bukan lagu saya, jadi saya perlu minta izin,” jelas Bob Yusof apabila ditanya tentang persiapannya menjelang Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-34 pada 9 Februari nanti.  Bob yang diberi kepercayaan untuk menggantikan penyanyi tersohor

FESYEN Wed, 8 May 2019

Jom Shopping Raya! Adira Suhaimi Tampil Dengan Koleksi Tudung Adira X Hermanas

Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Murahnya!

Featured Fri, 22 Jul 2022

[VIDEO] “Bainun 2.0!” – Dera Budak 4 Tahun Guna Batang Penyapu, Pengasas Produk Kena Reman 7 Hari

Allahuakbar… Apalah dosa anak kecil tu sampai sanggup lakukan begini.. Difahamkan Alia tak sampai setahun diambil sebagai anak angkat olehnya.. Apapun, segalanya kita serahkan pada pihak polis. #JusticeforAlia

Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Auww…Sweet Sungguh Ucapan Hari Jadi Suami Untuk Ayu Raudhah

Makin lama makin cantik, Happy Birthday Ayu!

| Live TV