Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 19, 2022 @ 5:35pm

“Belajar Dengan Baik, Jangan Tinggal Solat…” – Lanjut Pelajaran Ke UK, Azhar Sulaiman Harap Kasih Iris Leona Balik Dengan Imej Baharu

Pelakon Azhar Sulaiman berharap anaknya, pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dapat membawa imej baharu sebaik sahaja pulang ke tanah air.

Azhar, 51, menerusi hantaran di laman Instagram memaklumkan, tempoh tiga tahun bukanlah tempoh yang lama untuknya dan keluarga apabila terpaksa melepaskan anaknya itu ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran.

Malah, pelakon filem Mira Edora ini juga berharap pemergian Leona ini dapat membuatkannya menjadi individu yang lebih baik.

“Mami tak rasa sedih sangat mungkin sebab mereka dari kecik dah biasa mengembara seluruh dunia sebab sertai event Jamboree Pengakap / Girl Guides Dunia.

“Tiga tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan imej baru…. United Kingdom kan sejuk. Hahaha,” selorohnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

 

Sementara itu, Leona juga dilihat tidak dapat menahan sebak apabila memuat naik sebuah video menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

Difahamkan, selain Leona, kembarnya, Rees Andika Pahamin turut sama melanjutkan pelajaran ke United Kingdom namun berlainan tempat pengajian.

 

Terdahulu, Kasih Iris Leona mencuri pemerhatian warganet selepas sering terpalit dengan beberapa isu kontroversi melibatkan dirinya selain penampilan yang mencolok mata.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Azhar Sulaiman Jalin Hubungan Dengan Suami Orang? Kasih Iris Leona Dedah Tuduhan Kebas RM3,000 Sebulan & Digelar ‘Scammer’

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong ‘Stop’ Guna Nama Saya!” – Anak Azhar Sulaiman ‘Muak’ Terima Kecaman Setiap Hari Gara-Gara…

ARTIKEL BERKAITAN:“Hari-Hari Dia Buat Saya Panas Bont*t, Tapi…” – Isu Seksi, Azhar Sulaiman Akui ‘Penat’ Nasihatkan Anak Sendiri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Mar 2023

[VIDEO] “Tak Ada Makna Berjaya Kalau Menitikkan Air Mata Ibu, Dalam Masa 24 Jam Semua Hilang!” – Datuk Hattan

“Kalau sesekali terguris saja hati dia, tak ada untung dekat kita” – Datuk Hattan

Trending Fri, 18 Jan 2019
Hiburan Tue, 20 Feb 2018

NABIL AHMAD MAHU UBAH SEJARAH!

Teater yang mahu dipersembahkan di Lambang Sari, Istana Budaya itu tercetus daripada pembacaan sebuah buku sejarah lama berbentuk skrip yang dibeli di Penang dengan harga cuma RM1.

“Saya beli buku itu dengan hanya RM1 sahaja terbitan tahun 1959.

Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Featured Thu, 24 Oct 2024

Debaran Kian Terasa, Saksikan Final Showcase #XTRAXSTAR2024 Esok!

Jangan lupa saksikan #XTRAXSTAR2024 final esok okay! 🫡✨

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

#AnggunLife : Lepas Gunung Annapurna, Amy Search Mahu Tawan Everest

Wah, Amy Search membuktikan di usia 60 an, dia masih fit untuk pergi hiking tau. Terbaiklah!

Hiburan Wed, 8 Dec 2021

“Respect To FORCEPARKBOIS From Johor Bahru” – Jay Park Remix Lagu Kumpulan Rapper Tempatan, Bawa FORCEPARKBOIS Ke Mata Dunia Menerusi LOTUS!

Penyanyi rap terkenal kelahiran Korea Selatan, Jay Park membuat penampilan baru di dalam muzik video lagu terbaru berjudul LOTUS di mana lagu ini merupakan sebuah remix lagu LOTUS yang dibawa oleh kumpulan rap Malaysia, FORCEPARKBOIS. […]

Trending Thu, 16 Jul 2020
Trending Sat, 19 Oct 2019

Thailand Dijangka Alami Musim Sejuk Suhu Serendah 7 Darjah Celcius

Tak payah pergi jauh jauh lagi kat Thailand pun dah sejuk

error: Content is protected !!