Afgan Sertai 99 Penyanyi Indonesia Untuk Konsert Amal Bantu Mangsa Palu

Penyanyi terkenal Indonesia Afgan kini berada di Malaysia untuk rangka promosi menjelang konsert DEKADE yang bakal berlangsung di Plenary Hall, KL Convention Centre 3 November ini.

Meskipun sibuk dengan jadual padat, Afgan tidak lupa tanggungjawabnya sebagai penghibur terkenal bagi membantu mangsa tsunami di Palu, Sulawesi.

“ Sudah tentu saya turut rasa sedih dengan apa yang berlaku di situ.

“ Saya bersama 99 penyanyi Indonesia bakal mengadakan konsert amal di Jakarta untuk mengumpul dana membantu mangsa terlibat,” katanya ketika sidang media Konsert Dekade di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur semalam.

Afgan yang menzahirkan rasa sedih memaklumkan konsert amal berkenaan akan diadakan pada 5 Oktober ini. Semoga dipermudahkan segala urusan pada hari itu nanti ya! 

SGMS Faida