Fazura Tetap Cantik Walaupun Tukar Gaya Rambut Baru Kan?

Selepas video manisnya disambut oleh sang suami baru-baru ini menjadi viral, kali ini sekali lagi pelakon cantik dan sentiasa tampil stylo ini dilihat telah menyambut ulang tahunnya yang ke 35 di sebuah Restoran Mewah di Ibu kota baru-baru ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman instagram milik pelakon cantik ini, Fattah dilihat mengenakan uniform Captain America manakala Fazura tampil dengan imej Selena Quintanilla-Perez dengan gaya rambut baru.

Sumber : Instagram @missfazura

Bagaimanapun, penampilan Fazura pada malam tersebut membuatkan peminat hampir tidak mengenali dirinya. Malah ada yang menanggap Fattah memeluk wanita lain. Hurmm?
Kedua-dua pasangan ini mencuri perhatian mereka yang hadir pasa malam tersebut kerana dilihat sangat sweet dan sepadan dengan kostum masing-masing.
Amacam, sweet tak pasangan suami isteri ni?
Apapun, semoga Fazura dan Fattah kekal bahagia sehingga ke anak cucu. Dan, kami di xtra mengucapkan Selamat Hari Jadi Jadi buat Faz!
Salma Syahbuddin