“Agong & Permaisuri Order Air Balang” – Bermesra Dengan Rakyat Di Bazar Ramadan, Netizen Puji Al-Sultan Abdullah & Tunku Azizah

Setiap kali tibanya bulan puasa, bazar Ramadan menjadi tempat tumpuan pengunjung yang mahu mencari juadah terbaik.

Keterujaan itu turut dirasai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan melawat Bazar Ramadan Tanjong Tokong, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video yang tular di TikTok, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berada di sebuah gerai balang air.

@_defnotkai_ POV : Agong dan Permaisuri order air balang 🙏🏼 #agongmalaysia #agongkita ♬ Marhaban Ya Ramadhan – Muhammad abdul jafar

“Agong dan Permaisuri order air balang,” tulis kapsyen video TikTok tersebut.

Dalam video berkenaan, Tunku Azizah turut membeli beberapa bungkus air balang pelbagai perisa.

“Nak asam boi nak, asam boi dua. Ribena, campurlah tak apa,” kata Tunku Azizah.

“Air jagung, air jagung” ujar Agong sambil menepuk bahu peniaga terbabit.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluah rasa terhibur dengan reaksi peniaga dan menyifatkan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sangat mesra bersama rakyat.

“Agong tepuk-tepuk tu nak air jagung, cepat sikit. Pucat muka geng, Agong relax je.

“Mesranya Agong dan Permaisuri, terbaik mesra rakyat,” komen netizen.

Nurul Hana