Trending Di Twitter, #MelurUntukFirdaus 2 Bikin Netizen Sebak -“Akhirnya Fir Nak Jadi Daddy!”

Selepas kejayaan drama Melur Untuk Firdaus musim pertama yang mencatatkan jumlah tontonan sehingga 11 juta penonton untuk 28 episod tayangannya, kini drama itu sekali lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Malah, drama tersebut kekal menjadi sohor kini sejak tayangannya pada Selasa.

Menerusi episod yang ditayangkan semalam, rata-rata peminat teruja dan berasa sebak setelah mengetahui Melur (Anna Jobling) kini berbadan dua dan Fir (Meerqeen) bakal menjadi seorang ayah.

 

Menerusi pemerhatian XTRA, rata-rata peminat setia drama berkenaan turut memuji lakonan Meerqeen yang dikatakan sangat menyentuh hati sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang berasa sebak hanya dengan melihat aktor itu menjiwai wataknya.

“Ini adalah scene kegemaran saya. Saya menontonnya dan saya menangis bersama Fir because he felt so blessed of the miracle.

“Kalau Meerqeen lakukan ekspresi macam ni, dengan penonton sekali boleh menangis,” katanya.

 

 

Dalam pada itu, peminat juga seringkali terhibur apabila melihat adegan romantik melibatkan pasangan ini terutamanya layanan Fir kepada Melur setelah mengetahui isterinya itu kini hamil.

 

Sekadar info, Melur Untuk Firdaus 2 bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat menerusi slot Akasia TV3 pada jam 7 malam.

Drama 35 episod ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Meerqeen, Anna Jobling, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Salma Syahbuddin