“He’s Here..”- Tahniah! Yaya Zahir Timang Cahaya Mata Lelaki

Pelakon dan pengacara Yaya Zahir, selamat melahirkan cahaya mata lelaki.

Yaya berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

“He’s Here,” tulis Yaya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian tersebut, Yaya hanya menunjukkan bibir anaknya dan mengenakan selimut berwarna biru.

Apa yang menarik perhatian lagi, Yaya berkongsi bahawa dia sempat menikmati air milo sebelum melahirkan anak lelakinya.

“Nasib baik dapat pekena milo ais malam tadi,” tulis Yaya di Instagram Story berserta gambar milo ais dalam plastik.

Berita baik tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti dan juga peminat.

Terdahulu, Yaya menyimpan rahsia tentang kehamilannya dan hanya berkongsi kepada umum ketika kandungannya menjangkau enam bulan.

Rata-rata rakan selebriti serta peminat ternanti-nantikan kehadiran anak kepada selebriti yang dikenali dengan gaya fesyen memukau ini.

Izzi Farhana