Anggap Doa Kembali Pada Bekas Suami Perkara Sensitif, Alicia Amin Tegur Jangan Biasakan – “Bercerai Untuk Suka-Suka Ke?”

Pelakon dan model, Alicia Amin memberi teguran untuk tidak membiasakan budaya memberi kata-kata atau doa yang cuba untuk menyatukan pasangan yang sudah bercerai.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, seorang individu mendoakan agar dia dan bekas suami, Farzan Iqbal berkahwin semula selepas memuat naik hantaran keluar bersama.

“Semoga berbaik dan kahwin semula dengan ex husband,” komen individu tersebut.

“Hm, let’s normalize not saying stuff like this to strangers. Kita memang baik, tapi taknak kahwin semula. Why go through divorce? For fun is it?,” jelas Alicia.

Tambahnya, perkara itu dianggap sangat sensitif terutama apabila diterima daripada orang yang tidak dikenali.

“My situation with my ex is peaceful, we decided to stay friends and we don’t have issues, but please please do not make it a habit to say this to people you don’t know.

“If you said this to someone who went through a tough marriage, L for you,” ujarnya.

Sementara itu, dia memberitahu banyak menerima mesej yang pelik seperti ini dan menyeru mereka untuk lebih mendoakan tentang kejayaan dan kebahagian dirinya.

“I get too many weird messages like this, just hope for my individual happiness, success and prosperity – instead of hoping I get back together with someone I’m no longer with,” katanya.

Maya Basir