Categories: HiburanTrending

“Luar Tengkorak Betul Pemikiran…” – Jahatnya! Lelaki Senyap-Senyap Tukar QR Code Tabung Derma Masjid, Gantikan Dengan Akaun Sendiri

Jika dahulu, orang ramai menderma di masjid serta surau menggunakan duit syiling atau wang kertas yang di masukkan ke dalam tabung.

Kini, sistem tanpa tunai pula digunakan secara meluas menerusi kod QR dan perkara yang sama juga diaplikasikan di masjid serta surau untuk memudahkan penderma.

Disebabkan itu, fikiran pencuri juga semakin ‘up to date’.

Baru-baru ini, tular di media sosial menerusi ciapan di Twitter mengenai seorang lelaki menukar kod QR yang khusus buat derma tabung masjid kepada kod QR miliknya sendiri.

“Boleh tahan kreatif juga ya pencuri sekarang. Dia tukar QR Code masjid dengan QR Code dia sendiri.

“Orang nak derma kat masjid terus masuk akaun dia. Lain macam punya bijak,” tulis keterangan kapsyen ciapan tersebut.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga! Perbuatan individu terbabit sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik masjid.

Video berkenaan meraih pelbagai reaksi warganet yang berang dengan tindakan luar fikiran malah ramai yang menasihati agar untuk berhati-hati sebelum membayar atau derma menerusi kod QR.

Nurul Hana