Ahmad Dhani Keluar Penjara 28 Disember, Mahu Fokus Jadi Ahli Politik

Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani dijangka bebas dari penjara pada 28 Disember ini.

Peguambela kepada selebriti terkenal ini memaklumkan, Hendarsam Marantoko, Ahmad Dhani mahu berehat seketika selepas dibebaskan nanti.

“Yang pasti, beliau pernah beritahu mahu berehat dulu lah di rumah,” kata Ali kepada Kompas.com.

Tambahnya, Ahmad Dhani mahu berada di samping keluarga buat sementara waktu. 

“Dia mahu berkumpul dengan ahli keluarga sebelum mula bekerja pada tahun depan

“Misalnya jadual konsert-konsert Dewa, atau memulakan bisnes baru segala macam, segalanya mungkin di awal tahun 2020,” ungkapnya.

Sementara itu, Ahmad Dhani dilaporkan akan lebih aktif dalam bidang politik berbanding di pentas nyanyian selepas dibebaskan nanti.

“Meskipun mempunyai minat dalam bidang muzik, dia beberapa kali memberitahu mahu fokus menjadi ahli politik pada masa ini,” katanya. 

Januari lalu, Ahmad Dhani dihukum selepas didapati bersalah menyebarkan mesej kebencian di Twitter.

 

SGMS Faida