Aiman-Zahirah Pilih Februari 2020

Pelakon Aiman Hakim Ridza mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, Zahirah Macwilson pada Februari tahun depan.

Aiman ketika ditemui di sidang media yang berlangsung di kafe miliknya, ‘Bakersfellas’  yang terletak di Ara Damansara Dana 1 semalam memberitahu dia dan Zahirah masih belum menetapkan tarikh lagi. 

“Perkahwinan bukan benda yang perlu diambil remeh. Kami memilih Februari sempena dengan bulan kelahiran Zahirah.Insha Allah kami akan war-warkan tarikh pada masa yang tepat,” katanya.

Sementara itu, Aiman juga memaklumkan majlis perkahwinan akan diadakan di Kuala Lumpur. 

“Sebarang perubahan lain akan diberitahu kemudian,” ujar pelakon berusia 30 tahun itu. 

Majlis pengumuman itu turut dihadiri bapa Zahirah, Zainol MacWilson.
Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.

Oleh: Fas

SGMS Faida