Aiman- Zahirah Selamat Bertunang Di Perth

Oleh: Endy Ashari

“Enggaged Alhamdulillah syukur,” tulis pelakon Aiman Hakim Ridza berserta foto bersama kekasihnya, pelakon Zahirah MacWilson di laman sosial Instagram miliknya hari ini.

Pasangan kekasih itu dipercayai mengikat tali pertunangan di rumah ibu Zahirah di Perth, Australia awal pagi tadi.

Zahirah turut berkongsi foto jari bersarung cincin bertatah sebutir berlian di Instagram beserta kapsyen ‘Engaged’.

Hubungan cinta pasangan pelakon drama Curi Curi Cinta itu bukan lagi rahsia di kalangan peminat sejak beberapa bulan lalu.

Malah Aiman dan beberapa ahli keluarganya turut menyambut 1 Syawal bersama keluarga Zahirah di Australia.

SGMS Faida