Categories: HiburanTrending

Aina Abdul Nyanyi Lagu Penderitaan Palestin ‘Atouna El Toufule’, Netizen Rasa Sebak… –“Terus Terbayang Wajah Anak-Anak Palestin Yang Terkorban”

Penyanyi popular, Aina Abdul mencuri tumpuan netizen apabila menyanyikan lagu ‘Atouna El Toufule’ dalam bahasa Arab sambil bermain piano di Instagram.

Nyanyian penuh emosi pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) itu sekaligus menyentuh hati pendengar.

Ditambah pula, lirik lagu nyanyian asal oleh Remi Bandali dari Lubnan itu mempunyai makna yang sangat mendalam.

Sesuai dengan judul lagunya ‘Beri Kami Masa Kecil’, bait lagu itu jelas menceritakan tentang nasib pilu yang dialami anak-anak Palestin termasuklah yang menjadi mangsa korban peperangan.

Menurut pelantun lagu Terus Hidup itu, lagu tersebut sebenarnya telah dirakam beberapa tahun lepas namun video berkenaan telah disekat.

Justeru, Aina memuat naik semula video berdurasi lebih satu minit itu sebagai tanda sokongan dan solidaritinya kepada perjuangan rakyat Palestin.

Lebih-lebih lagi, media sosial memaparkan begitu ramai umat Islam yang tidak berdosa telah terkorban akibat kekejaman Israel.

Lebih lagi, media sosial memaparkan begitu ramai umat Islam yang tidak berdosa terkorban akibat kekejaman Zionis.

Oleh itu. Aina menyeru dan meminta agar semua pengikutnya menyalurkan derma serta tidak berhenti berdoa untuk keamanan bumi Palestin.

“Sang this song few years back, but got blocked.

“My heart aches from things we see online.

“Let’s keep doing our parts, be it donating and praying #freepalestine,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut penyanyi ini bersedih dan meluahkan rasa sebak apabila mendengar nyanyian Aina.

“Makin sedih dengar lagu ni dan saya terbayang wajah kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa Israel.

“Menusuk kalbu dengan feelnya sampai, MashaAllah.

“Bergenang air mata dengar Kak Aina nyanyi.

“Sampai ke jiwa, this is so heartbreaking.

“My heart cannot take it anymore to see what happening in the world,” komen netizen.

Malah, ramai juga yang turut mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di sana.

Syamir Shafie