AJL33 Hanya Yang Terbaik Akan DiJulang!

AJL33 bakal menyaksikan 12 lagu bakal berentap untuk dinobatkan sebagai lagu terbaik pada AJL33 kali ini. Bersiaran secara langsung pada 3 Februari ini, lagu siapakah agaknya yang bakal dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu Ke-33?

Turut mengekalkan gandingan hosnya iaitu Sherry Al-Hadad dan Alif Satar untuk tahun kedua, nampaknya AJL33 kali ini tidak pernah gagal memberikan yang terbaik buat penontonnya. 

Di samping itu, malam anugerah akan turut dimeriakan lagi dengan persembahan dari Kumpulan Search, artis-artis bergenre hip-hop dan pendatang baru sepertri Sarah Suhairi, Ismail Izzani, dan Nabila Razali.

Selain daripada Konsert Prelude, AJL33 kali ini turut menampilkan AJL33 Idol. AJL33 Idol merupakan peluang buat penonton dan peminat tegar AJL untuk memenangi sepasang tiket Arena ke AJL33 bernilai RM110 dengan hanya menghantar klip video karaoke finalis AJL33 versi nyanyian korang yang berdurasi 30 saat pada waktu yang telah ditentukan di TV3 atau LIVE strim di tonton setiap hari. Atau, boleh terus muat naik ke instagram beserta #AJL33IDOL.

Hanya 20 penyertaan terawal sahaja akan disenarai pendek untuk dipilih sebagai pemenang. Jadi apa tunggu lagi! 

Salma Syahbuddin