Akhirnya, Nelydia Senrose Dedah Cincin Tunang

Pelakon yang semakin cantik dan berseri-seri, Nelydia Senrose sebelum ini pernah digosip menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai ‘H’. Dan, Nelydia juga tidak menafikan dakwaan tersebut kerana beliau sendiri turut mengakui bahawa dia dan jutawan muda itu masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Terbaru, melalui akaun twitternya, Nelydia dilihat telah berkongsi cincin yang tersarung dijari manisnya dengan menulis perasaan beliau pada ketika itu yang dilihat semakin bahagia.

Dan, jika kita melihat entri seterusnya beliau juga turut memuat naik gambar dengan menyatakan perasaannya kini semakin mekar seperti bunga-bunga tersebut. Adakah ini sebenarnya, bunga-bunga cinta?

Namun, adakah beliau sebenarnya sudah disunting? Itu kita kenalah tunggu ya! 

Tapi jika dilihat menerusi caption yang dimuat naik melalui akaun twitter beliau, Nelydia seakan-akan cuba menyampaikan berita gembira buat semua.

Apapun, status pelakon ini masih tidak diketahui umum, tapi kami di xtra ingin mengucapkan tahniah kepada Nelydia! 

Memang betul beliau dilihat semakin cantik dan berseri-seri sekarang ni kan, Siapa setuju?

Salma Syahbuddin