Alamak…Ribut Kuat Jejas Taj Mahal!

Ribut yang melanda di kawasan Taj Mahal menyebabkan dua menara yang terletak berhampiran pintu masuk tumbang!

Kejadian yang berlaku susulan kejadian rebut itu menyebabkan menara setinggi 3 meter itu rosak manakala sebuah lagi Menara kecil di pintu masuk arah selatan monumen disahkan rosak.

Tetapi jangan risau, tiada kerosakan pada struktur bangunan utama Taj Mahal.

Seorang wakil daripada agensi Archaeological Survey of India, Bhubanesh Kumar menyifatkan kerosakan itu sebagai kecil dan akan dibaik pulih oleh satu kumpulan pakar.

Beliau menyatakan angin ribut pada malam Rabu lalu mencapai kelajuan 130 kilometer sejam.

Taj Mahal yang dibina oleh Pemerintah Mogul, Shah Jahah pada abad ke-17 menerima kunjungan seramai tujuh hingga lapan juta pengunjung setiap tahun.

SGMS Faida