Categories: HiburanSelebriti

Aksi Cium Anis Al Idrus Dikecam Netizen

Tidak melatah atau marah dengan kecaman netizen terhadap isu cium beliau bersama suami yang dimuat naik menerusi akaun instagram miliknya beberapa hari lepas, Anis bagaikan sudah dapat membaca gambar yang dimuat naik itu bakal mencetuskan kontroversi.

“Saya sendiri sudah tahu ramai yang akan tanya, kenapa perlu memuat naik gambar mesra seperti itu walaupun ianya telah edit. Dan, bagi saya akaun instagram itu ibarat diari, jadi terpulang untuk saya memuat naik gambar yang saya suka.” Katanya.

Sebagai seorang pengacara, pelakon, model dan penyanyi, semestinya Anis akan terpalit dengan komen-komen negatif netizen terutamanya apabila melibatkan media sosial. Namun, beliau masih tidak faham terhadap persepsi masyarakat yang seperti sengaja mahu mencari kesalahannya. 

” Memang ada segelintir netizen yang sengaja menunggu artis kesayangan mereka melakukan kesalahan untuk dikecam tetapi menurut saya, selagi tidak mengganggu keharmonian saya okay, tapi jika sebaliknya saya tidak akan teragak-agak untuk menyekat atau memadam mereka dari terus mengikuti perkembangan saya di sosial media.” Jelasnya.

Alahai netizen, benda ni pun nak kecam ke? Tu kan suami Anis. 

Salma Syahbuddin