Aktif Berbasikal, Hos Muslimah Popular Didakwa Selamba Pakai ‘Sport Bra’ Di Tempat Awam?

Baru-baru ini timbul satu kontroversi mengenai salah seorang hos muslimah sebuah rancangan televisyen popular yang dikatakan terlibat aktif dengan sukan berbasikal.

Memetik laporan BOOM!, hos tersebut merupakan seorang jelitawan dan pernah berkahwin malah, dia juga dikatakan aktif mengayuh basikal dikawasan perumahan elit miliknya bersama rakan-rakan terdekat beliau.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah penampilan hos popular itu yang dikatakan berubah seratus peratus apabila dilihat menanggalkan tudungnya di sebuah pusat kecergasan (indoor cycling).

Bahkan, hos tersebut juga pernah tampil dengan pakaian set lengkap atlet berbasikal yang agak ketat dan seksi selain pernah dilihat tampil memakai ‘sport bra’ sahaja.

Menurut sumber, hos tersebut yang juga kakak kepada seorang aktor bagaimanapun tidak mengendahkan pandangan orang ramai terhadap dirinya.

 

 

Sumber: Boom / Foto sekadar hiasan

Salma Syahbuddin