Selepas Dibayar Ribuan Ringgit Untuk ‘Paid Review’, Selebriti Popular Didakwa Mungkir Janji!?

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang wanita mendakwa telah membayar sebanyak ribuan ringgit kepada seorang selebriti wanita terkenal untuk membuat ‘paid review’.

Wanita itu mendakwa artis tersebut telah membuka slot untuk mengambil ‘paid review’ bagi membantu peniaga-peniaga kecil sepertinya.

Dakwa netizen terbabit, artis wanita itu telah memberi maklum balas untuk membuat ‘review’ pada mulanya, namun selepas pembayaran dilakukan, artis itu terus mendiamkan diri.

Walaubagaimanapun, wanita tersebut tidak menyebut mana-mana nama artis wanita namun sempat meninggalkan beberapa ‘hint’ menerusi video itu.

“Artis itu orang yang saya sangat respect, seorang yang sangat berjaya, seorang yang ada penampilan yang baik,” katanya.

Dakwa wanita itu, dia telah memohon untuk artis tersebut membuat ‘review’ sejak bulan Mei namun tiada respons sehingga bulan September.

Berang kerana menunggu lama, wanita tersebut mengambil keputusan untuk membatalkan urus niaga terbabit dan berharap wang tersebut dapat dipulangkan kepadanya.

Namun begitu, ketika artikel ini ditulis video tersebut dilihat telah dipadam oleh pemilik akaun TikTok tersebut.

Atiqah Johari