“Aku Rasa Macam Nak Bagi Penampar” – Awie Label Pelakon Filem Mentega Terbang C*bai & S*al

Susulan kontroversi yang melanda filem sensasi Mentega Terbang baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Datuk Awie meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap pelakon naskhah tersebut.

Malah, menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya, vokalis kumpulan Wings ini menyifatkan, pelakon itu sebagai ‘Melayu bangsat’ selain mahu menamparnya dek kerana sanggup membawakan watak tersebut tanpa memikirkan sensitiviti  masyarakat beragama Islam di negara ini.

“Aku rasa macam nak bagi penampar kat pelakon Melayu MENTEGA TERBANG C*BAI ni, s*al punya Melayu, bermulanya era Melayu bangsat!,” tulisnya.

 

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran berkenaan telahpun dipadam selepas lebih satu jam dimuat naik.

Menerusi hantaran yang berlainan pula, Awie dilihat seakan-akan menyindir pihak yang terlibat apabila hantarannya itu menyebabkan dia disekat daripada laman sosial berkenaan.

Terdahulu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, platform penstriman Viu telah menghentikan tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang pada 27 Februari lalu.

Sebelum ini, filem kontroversi Mentega Terbang mendapat perhatian pelbagai pihak selepas mendapati ia bertentangan dengan akidah Islam dan ramai yang tampil mempersoalkan bagaimana filem berkenaan dibenarkan untuk ditayangkan bagi tontonan umum.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Tayangan Filem Sensasi Mentega Terbang Akhirnya Dihentikan!

ARTIKEL BERKAITAN:“Padam Kenyataan & Mohon Maaf Secara Terbuka” – Pengarah Filem Kontroversi Nafi Mentega Terbang Persenda Agama Islam

ARTIKEL BERKAITAN:Filem Kontroversi Didakwa Sentuh Bab Agama, Pengarah Mohon Tonton Sampai Habis

 

Salma Syahbuddin