Hiburan By: Maya Basir June 14, 2023 @ 7:49pm

Akui Gembira Hidup Single, Ben Amir Tak Nafi Suka Wanita Main Gym – “Bila Bercakap Soal Kecergasan Ni Sebenarnya…”

Pelakon Ben Amir mengakui masih belum mempunyai teman istimewa meskipun usia sudah memasuki 33 tahun.

Memetik laporan Gempak, Ben atau nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin mahu memberikan fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.

“Saya tengah happy single sekarang, lambat lagi nak fikir tentang kahwin. Saya nak beri fokus pada kerjaya terlebih dahulu.

“Legasi Wira Merah merupakan filem aksi pertama saya dan rasanya banyak lagi benda yang ingin saya capai.

“Banyak lagi karakter yang ingin saya buat jadi saya belum terfikir pun hal kahwin. Tak ada target pun, saya baru 33 tahun dan masih muda.

“Keluarga juga tidak bertanya kerana mereka tahu saya amat fokus dengan karier dan juga kerja saya,” ujarnya.

Mengulas mengenai sijil kursus kahwin, dia telah menghadiri kursus tersebut secara atas talian semasa dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada dua tahun lalu.

“Saya ambil sijil nikah itu pun semasa PKP sebelum ini. Disebabkan masa PKP itu kita perlu duduk di rumah sahaja jadi saya ambil kursus itu.

“Jadi sudah dua tahun, saya sajalah nak kongsi yang saya dah ada sijil nikah, itu sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, Ben tidak menafikan bahawa ciri-ciri wanita idamannya ialah seseorang yang pandai memasak dan juga gemar bersenam.

“Betul saya suka wanita yang main gym dan pandai memasak. Semua orang ada ciri-ciri wanita idaman masing-masing.

“Saya sukakan wanita yang main gym kerana dari segi mentalitinya sebab saya juga seorang yang menjaga kecergasan.

“Jadi apabila bercakap soal kecergasan ini sebenarnya membabitkan mentaliti dan juga berdisiplin, itu yang saya suka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ben bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Legasi Wira Merah yang bakal ditayangkan pada Januari tahun hadapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Hiburan Fri, 9 Aug 2019
Hiburan Thu, 6 Apr 2023

Puteri Sarah Bakal Fail Pembelaan Tuntutan Nusyuz

Puteri Sarah Liyana bakal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz.

Trending Tue, 3 Apr 2018

Ibu Terkejut Bateri Kalkulator Tersekat Pada Usus Anak

Hasil pemeriksaan di klinik pertama dan kedua doktor menolak kemungkinan anak tertelan bateri kerana tidak menunjukkan tanda-tanda seperti muka berubah kebiruan. Uish…Bahaya tu!

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Tahniah! Putra Amaris Timang Anak Lelaki

Amaris mengucapkan syukur ke hadrat Illahi apabila isterinya, Nur Shazwani Alias dan anak lelakinya berada dalam keadaan sihat.