Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 22, 2024 @ 2:19pm

Keluarkan Lagu Raya Pertama, Nabila Razali Tak Kisah Lagu Raya Lain Dah ‘Meletup’ Dulu

Penyanyi Nabila Razali enggan berasa selesa dengan pujian apabila ramai menyifatkan kualiti nyanyiannya semakin baik.

Bercakap kepada XTRA, Nabila mengakui kata-kata netizen membuat dia mahu berusaha membuktikan kemampuan dirinya untuk menyanyi dengan baik.

“Alhamdulillah, saya nak ucapkan terima kasih kepada guru vokal saya dan juga pengalaman-pengalaman terdahulu saya.

“Netizen juga mengingatkan saya seperti meminta untuk menyanyi dengan betul-betul, jadi saya suka dengan komen-komen yang beri saya semangat. Terima kasih.

“Jauh lagi perjalanan karier saya, walaupun orang cakap saya semakin matang dalam nyanyian tetapi saya tak mahu rasa selesa dengan keadaan itu.

“Banyak lagi benda dan perkara yang saya mahu belajar, harap saya dapat menyanyi lebih bagus lagi dan buat peminat gembira,” katanya.

Nabilla ditemui pada majlis pelancaran lagu raya pertama nyanyiannya yang berjudul Raya Mana di Aeon Mall Shah Alam, pada Khamis.

Mengulas mengenai lagu raya pertama nyanyianya yang berjudul Raya Mana?, Nabila berkongsi cerita disebalik lagu raya ciptaan komposer dan penulis lirik terkenal, Ezra Kong itu.

“Perancangan itu dah lama tetapi rezeki tahun ini untuk lancarkan sebuah lagu raya.

“Setiap tahun banyak pertanyaan tentang lagu raya, jadi bila dapat lancarkan, saya gembira sangat dengan jalan cerita lagu raya ini.

“Lagu juga berkaitan dengan persoalan saya untuk beraya kelak, kerana ini tahun pertama saya beraya berdua bersama suami.

“Sudah tentu, ramai yang tanya saya akan raya mana? bila bekahwin ini, saya okey sahaja beraya di manapun, saya faham bila berumah tangga ini saya perlu banyak beralah dan faham sesama sendiri,” kongsinya.

Dalam pada itu, Nabila juga tidak kisah sekiranya ada lagu raya lain yang sudah awal mendapat tempat di hati pendengar sebaliknya meraikan kemeriahan suasana.

“Kalau cakap fasal raya, takkanlah ada satu lagu raya sahaja kan? Tak bestlah.

“Jadi bagi saya, lagi banyak lagu raya lagi bagus. Hari raya juga disambut dengan kegembiraan jadi tak kisahlah kalau ada lagu yang dah meletup dahulu, saya raikan kejayaan orang lain.

“Saya juga nak turut sama meriahkan suasana dengan lagu raya saya. Saya harap lagu ini dapat menarik perhatian semua terutamanya pasangan yang baru berkahwin,” ujarnya.

Lagu Raya Mana? boleh didengari di semua pelantar digital utama bermula 22 Mac dan muzik video juga boleh ditonton di Youtube Nabila Razali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Jan 2024
Trending Fri, 16 Oct 2020
Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Sempena 1 Juta View di YouTube, Baim Wong Jadi Orang Gila

Video prank oleh Baim Wong sempena 1 Juta View YouTube membantu peniaga pisang menunaikan umrah. Baik sungguh niat dan hatimu Baim Wong

Featured Sat, 18 Sep 2021
Featured Sun, 2 Apr 2023

“Dia Tak Jaga Pun Anak Tapi Nafkah Masih Beriya Minta Tinggi” – Sam Bunkface

Makin banyak pula kes rumah tangga dalam kalangan selebriti…

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat menimang cahaya mata perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 7.07 malam semalam. Suami Ayda, pengacara Nabil Mahir memaklumkan berita gembira itu kepada Harian […]

error: Content is protected !!