Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 2, 2023 @ 2:12pm

“Dia Tak Jaga Pun Anak Tapi Nafkah Masih Beriya Minta Tinggi” – Sam Bunkface

Penyanyi Sam Bunkface tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan dia mengabaikan nafkah dan jagaan anak lelakinya, Maleeq.

Sam atau nama lengkapnya Shamsul Annuar Mohd Baharom menerusi satu rakaman video menjelaskan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab selepas bercerai dengan bekas isterinya, Aida Azira Hussin.

“This is me try to defense myself, mempertahankan diri untuk mengelakkan fitnah dan sangka buruk terhadap diri saya dan keluarga. Tiada niat buka aib sesiapa.

“Saya tak pernah langsung abaikan tanggungjawab. Saya tak pernah tak bayar nafkah anak sebulan pun. Siap bayar lebih.

“Saya menjaga Maleeq selama 2 minggu dan mak Maleeq juga jaga 2 minggu setiap bulan. Dia minta saya bayar RM1,300 untuk sebulan. Masa saya pohon pindaan ini di mahkamah dua tahun lepas. Mahkamah tetapkan secara sama rata. Dia jaga 2 minggu dan sama juga saya,” jelasnya.

Sam menjelaskan perkara ini susulan Aida tidak bersetuju dengan permohonan pindaan nafkah yang dibuat Sam di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, sebelum ini.

Tambah Sam, dia mempersoalkan permintaan bekas isterinya itu dalam kos urusan nafkah yang mencecah RM1,300 sebulan.

“Dia minta saya bayar RM1,300 untuk dia jaga Maleeq 2 minggu tak termasuk kos untuk saya jaga Maleeq 2 minggu lagi. Logik tak kalau saya pohon pindaan ini ketika PKP di mana punca pendapatan saya sangat terhad.

“Biarpun tanggungjawab saya bertambah dan PKP berlanjutan, saya masih laksana tanggungjawab saya sebagai ayah dan menjaga Maleeq 2 minggu tanpa gagal. Nafkah juga tetap dibayar setiap bulan.

“Kos saya jaga Maleeq lebuh kurang RM250 setiap 2 minggu yang saya jaga dia. Kenapa dia jaga sampai RM1,300?,” dedah Sam.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Bunkface ini turut mempersoalkan kenyataan Aida yang menilai punca pendapatannya berdasarkan penilaian di media sosial.

“Saya tak pernah tunjuk kesusahan atau kesenangan di media sosial. Kenapa kena nilai melalui media sosial?

“Semua bukti mengenai ketidakmampuan saya untuk teruskan membayar nafkah ini saya dah serahkan kepada mahkamah dan Aida sendiri dah sedia maklum,” katanya.

Malah, Sam turut memberitahu kali terkahir dia berjumpa dengan anak lelakinya itu adalah 3 bulan lepas bukan 5 atau 6 bulan seperti yang didakwa Aida.

Sam turut mengakui terdapat halangan seperti Aida meninggalkan Maleeq di Melaka bersama neneknya, sedangkan Aida bekerja di Kuala Lumpur.

“Kali terakhir saya jumpa Maleeq pada 19 Disember 2022. Apa yang 5 hingga 6 bulan? Baru 3 bulan.

“Memang ada halangan, Aida tinggal Maleeq di Melaka dari Julai 2022 tanpa kebenaran dan pengetahuan saya. Sebulan lebih juga saya tanya dia ‘Maleeq kat mana’ dan dia jawab ‘talk to my lawyer’.

“Sebulan selepas itu baru dia beritahu. Masalahnya Aida bekerja di Kuala Lumpur. Jadi siapa yang jaga Maleeq di Melaka? Rupanya nenek dia yang jaga. Dia tak jaga pun anak dia tapi nafkah masih beriya minta tinggi.

“Saya masih berusaha untuk pergi ke Melaka. Aida tak tahu pun setiap kali saya ambil Maleeq. Dia tak ada pun, saya berurusan dengan nenek Maleeq sahaja.

Dalam pada itu Sam turut memberitahu dia menyekat nombor telefon bekas isterinya itu kerana sering menerima ugutan dan sukar dibincang.

Untuk rekod, Sam dan Aida mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015 dan berpisah pada Januari 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Maleeq. 6.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 23 Feb 2025

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Payudara

Noor Kartini mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara tahap satu.

Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Jom Dapatkan Set Borderless Alha Alfa Istimewa Sempena ABPBH 32!

Nombor telefon sebenar untuk dihubungi bagi pembelian dan maklumat produk adalah 011 1036711

Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Nick Jonas Ganti Adam Levine Dalam THE VOICE 2020!

Nampaknya, persaingan agak sengit dalam The Voice musim terbaharu ni.

Hiburan Mon, 12 Aug 2019

‘Sebenarnya Plan Tahun Ni Nak…’- Anzalna Nasir

Insya-Allah masanya akan tiba…

Featured Tue, 23 Dec 2025

Uqasha Senrose Tak Berdiam Diri, ‘Cari’ Individu Tabur Fitnah – “Terlampau Jahat Sangat Kata-Kata Manusia”

Mengakui baru pertama kali bergelar ibu, Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, situasi tersebut memberi kesan mendalam kepada emosinya.

Hiburan Fri, 6 Mar 2020

Selepas Setahun Tangguh, Kisah Cinta Akim Dan Stacy Diabadikan Menerusi Single Duet “Aku Kau Dan Muzik”

Walaupun berbeza aliran dan fahaman muzik, siapa sangka pasangan cantik Stacy dan Akim berjaya menempatkan diri bukan sahaja sebagai pasangan duet serasi sekali gus mencipta magis tersendiri! Terbaharu, single duet mereka, Aku Kau Dan Muzik Lagu […]

error: Content is protected !!