Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 13, 2021 @ 4:04pm

“Hanya Dibayar RM150 Untuk…” Jalil Hamid Anggap Ia Satu Penghinaan

Isu bayaran ‘ciput’ dalam kalangan artis veteran atau artis senior berbanding pelakon-pelakon baharu pada hari ini sudah lama menjadi topik utama dalam industri seni tempatan.

Bagaimanapun, hari ini kita melihat sendiri kualiti lakonan termasuklah dari segi penjiwaan watak antara artis veteran dan baharu memang sangat jauh ketinggalan.

Maka, tidak hairanlah jika isu bayaran rendah ini dibangkitkan sendiri oleh pelakon veteran, Jalil Hamid kerana beliau menganggap ia adalah perkara yang paling tidak adil dalam industri seni tanah air.

“Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Agaknya, kerana dia (pelakon muda) popular atau banyak pengikut?”

“Perkara ini adalah satu perkara paling tak adil, yang menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir. Apa dosa mereka?

“Ini satu penghinaan buat saya…”

Menurutnya, ini bukan kali pertama beliau menyuarakan perkara sebegini dan bukan niat pelakon-pelakon veteran seangkatannya untuk  mengejar populariti malah kualiti yang ditonjolkan dalam lakonan seharusnya setimpal dengan bayaran yang diberikan.

Justeru itu, pelakon yang popular menerusi drama Cucu Atuk ini mengakui pernah berasa terkilan dengan beberapa produksi yang meletakkan harga terlalu rendah ketika menawarkannya untuk berlakon.

“Banyak kali saya keluarkan kenyataan begini, namun komen daripada masyarakat adalah mereka fikir saya nak cari populariti, supaya orang ingat.

“Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Ia masih terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang.

“Saya ke set penggambaran pada hari pertama, namun saya tak dapat teruskan kerja kerana saya rasa ini adalah satu penghinaan kepada saya,” katanya ketika sesi sidang media secara virtual menerusi drama terbaharu TV3 berjudul Ayahanda.

Jadi, kepada semua peminat drama tempatan, jangan lupa saksikan drama Ayahanda yang diarahkan oleh pengarah, Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan dibintagi pelakon hebat tanah air seperti Jalil Hamid,  Ogy Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan ramai lagi pada setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9  malam, menerusi  slot Lestary di TV3!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Nov 2020

Muslim Pro TIDAK Menjual Data Kepada Tentera AS

Harapnya semua baik-baik sahaja

Trending Mon, 25 Feb 2019
Selebriti Sun, 1 May 2022
Hiburan Sat, 13 Jul 2024
Trending Fri, 26 Mar 2021
Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Thu, 19 Feb 2026

Hadapi Ujian Perceraian Dengan Tenang, Zulin Aziz Fokus Ibadah Ramadan – “Terima Kasih Doakan Yang Baik-Baik”

Zulin mengambil pendekatan matang dengan tidak mendedahkan punca perceraian mereka

Hiburan Tue, 2 Jul 2024
Selebriti Sun, 17 Apr 2022

“Kami Tak Garang, Tapi…” Hanis Zalikha & Hairul Azreen Ulas Cara Didik Anak

Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kongsi cara didik anak

error: Content is protected !!