Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 3, 2022 @ 9:30pm

“Sibuk Tuding Jari, Tapi Isteri Sendiri Kelaut” – Sakan Bergelek, Netizen Persoal Isteri Caprice… Betul Ke Kena Sihir?

Selepas berkongsi mengenai keadaan isterinya baru-baru ini yang didakwa terkena sihir, penyanyi rap Caprice turut mengandaikan bahawa dugaan atau ujian selepas berkahwin lagi berat berbanding ketika belum berumah tangga.

Namun, timbul pula isu lain dalam kalangan netizen yang turut mempersoalkan kesahihan dakwaan Caprice itu apabila melihat video bergelek sakan isterinya menerusi aplikasi Tik Tok.

Malah, ada juga yang menegur dan mempersoalkan peranan Caprice sebagai seorang suami yang sebelum ini dilihat lantang bersuara dan menegur rakan artis apatah lagi dia juga digelar sebagai pejuang Al-Quds.

Justeru itu, bagi menjawab dakwaan berkenaan, isteri Caprice, Farra Innalis tampil membuat kenyatan menerusi hantaran di IG Story miliknya menjelaskan perkara sebenar.

“Pertama sekali, lately ni Lis banyak terima DM daripada korang dan saya baca semua. Ada yang mendoakan, ada yang bercerita mengenai sihir dan ada juga yang judge.

“Ada juga netizen yang mula judge saya, sebab katanya dekat IG suami kena sihir, dekat Tik Tok sakan bergelek pula. Eh, abang kakak what do you expect? Awak nak saya tunjuk muka lesu? Nak saya cerita yang sayatak lalu makan?Saya tak suka tunjuk benda negatif pada pengikut saya. Jadi kalau takde benda positif saya diam,” katanya.

Tegasnya, secara peribadi dia dan Caprice mempunyai karakter yang berbeza kerana dirinya lebih suka menjaga privasi berbanding suami.

“Kalau nak tahu secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Sebab apa, saya lebih suka simpan sendiri, Ariz pula suka bercerita dengan netizen. Sebenarnya, kami ada berbalah juga pasal sihir ni.

“Saya tak nak orang tahu, tak perlu la beritahu semua orang sebab orang tak suka kita itu akan tepuk tangan bila tahu benda tu… Tapi Ariz kata biarlah, kita ada Allah, kita percaya dengan Allah,” jelasnya.

@elis620doing some exercise after food 😋♬ Superstar – MarkTheHerras

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Masih Diganggu, Caprice Cuba Berubat Dengan Ustaz Dan Pengamal Perubatan Islam – “Tidur Sambil Pasang Ayat Ruqyah…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Oct 2021

Juara Carta RIM 6 Minggu Berturut-Turut, Joe Flizzow Puji Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir

Penyanyi rap popular, Joe Flizzow memuji sifat berani bintang hip hop generasi kini, Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf Nasir yang memastikan karya mereka memiliki nilai estetika berkualiti. Lagu nyanyian Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf, Tak Sangka mencipta […]

Trending Thu, 19 Dec 2019

“Did He Just Order Nasi Goreng Pattaya With Telur Mata?!”

This is one egg-ceptional food preference.

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Hubungan Cinta Erwin Dawson Dan Julia Farhana Kembali Terjalin

Alhamdulillah. Semoga semuanya hubungan ini berakhir dengan kebahagian.

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Rai Ulang Tahun Ke 10, Ekin Dedah Rahsia Sebelum Jadi Isteri Mawi

Ekin turut mendedahkan dia pernah difitnah sehingga dilabel kaki kikis. Ish, siapa yang tergamak fitnah macam tu?

Acara Thu, 19 Sep 2019
familuv Wed, 28 Aug 2019
error: Content is protected !!