Euforia Bola 2026
Hiburan By: Dharnieya Nur Amelsa November 23, 2022 @ 6:08pm

“Aku Malas Dah Bawa Mu Mai Sini” – Lucu! Gelagat Zaki Azeman & Isteri Buat Netizen Terhibur

Semakin meningkat naik selepas muncul dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali, pelakon Zaki Azeman mula mencuri tumpuan ramai kerana gelagat lucunya.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh isteri Zaki, Siti Nur Shahira atau lebih dikenali sebagai Raa di laman TikTok sehingga berjaya meraih perhatian warganet.

Menerusi hantaran tersebut, Zaki dan isteri sedang menyambut ulang tahunnya di sebuah restoran.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat Zaki menyakat pelayan yang sedang menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ untuknya.

“Aku malas dah bawa mu mai sini,” kata isterinya di dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, Zaki turut menyebut dialog kesukaannya iaitu ‘masalah-masalah’ yang suatu ketika dahulu pernah tular ketika dia beraksi dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

@raasuzurannBirthday kalau hari hari macam ni penat lah marttt 🤣😭😭😭♬ Funny – Gold-Tiger

“Birthday kalau hari hari macam ini penat lah marttt,” tulis Raa di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Zaki yang masih tidak boleh lupakan dialog ‘masalah-masalah’ itu.

“Dia tak boleh lupa dia punya masalah itu hahaha.

“Menyempat je dia masalah masalah.

“Yang penting ayat masalah.

“Aduh aku penatlah masalah masalah hahaha,” tulis salah seorang netizen.

Malah, ada juga segelintir netizen sempat bergurau dengan mengatakan Zaki tidak boleh pergi mana-mana majlis kerana perangainya yang suka menyakat.

“Tak boleh bawa gi majlis dia ni hahaha.

“Tak boleh bawa pergi mana mana dia ni hahaha.

“Banyak kali ulang sebab tak boleh tahan dia nganjing terus depan-depan. Memang tak boleh pergi majlis ni,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Dec 2022

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ Janji Kembalikan Nostalgia Zaman Remaja

Wah! Tak sabarnya nak kembali ke sekolah dengan Melly Goeslaw

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Rahsiakan Perkahwinan, Bienda Mohon Maaf

Takkanlah saya nak beritahu kami ‘nikah gantung’ sebab nak simpan duit. Mesti akan timbul pelbagai prasangka buruk hanya kerana saya artis…

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Lawak Habis! Jom Tonton Aksi Wheely Dan Putt Putt Yang Mencuit Hati

Wheely membuktikan filem tempatan juga setanding filem luar yang mempunyai kualiti tersendiri dan penonton Malaysia perlu sokong karya sehebat Hollywood ini. Korang kena tengok ok, memang kelakar!

error: Content is protected !!