Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops December 1, 2018 @ 12:00pm

Lagu Krismas Mariah Carey Jadi Lagi Best Dengan Adanya Nyanyian Latar Oleh Anak Kembarnya

Ye, Hari Krismas nak dekat dah. Jadi tak lama lagi anda akan dengar lagu ikonik “All I Want For Christmas Is You”, dendangan Mariah Carey, berkumandang di saluran radio atau televisyen.

Kalau anda peka dengan industri muzik Barat, anda mesti tahu betapa legend-nya lagu itu. Ia telah dilancarkan pada tahun 1994 dan mungkin ada banyak lagi lagu-lagu Krismas lain yang moden.

Tapi sampai sekarang, penyambut Hari Krismas tetap akan layan lagu ini sama dengan lagu-lagu Krismas yang klasik. Mana taknya? “All I Want From Christmas Is You” punyalah catchy! Kita yang tak menyambut pun rasa nak menari bila dengar. 

Bila andalah tuan punya lagu yang memeriahkan lagi suasana Krismas di seluruh dunia, besar kemungkinan anak-anak anda pun akan dengar lagu ikonik ini berjuta-juta kali.

Mariah buktikan yang itulah apa yang terjadi kepada anak-anak kembarnya yang comel, Moroccan dan Monroe, 7.

Tak tahulah jika mereka dah bosan ke belum tapi tahun ini mereka bantu ibu mereka dengan nyanyian backup vocals!

Penyanyi tersohor dunia yang berumur 48 tahun ini telah memuat naik sebuah video di Instagram yang memaparkan “Roc” dan “Roe” menyanyi sekali lagu ini di dalam kereta sambil memakai topi Santa.

Caption Instagram tersebut tertulis: “Roc & Roe telah berlatih menyanyi background vocals untuk ‘All I Want For Christmas Is You’. Kami kena ambil selangkah demi selangkah – kami rasa seronok sangat! Inilah video pertama di mana kami lakukan perkara ini! Ia meriah, cmon!!”

Tonton video yang comel ini di bawah.

Comel sangat, anda pasti nak ulang tayang. Mungkin dalam beberapa tahun lagi budak-budak ini akan nyanyi lagu penuh pula?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mariah Carey (@mariahcarey) on

Sumber: Popsugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Oct 2024
familuv Wed, 17 Oct 2018

Menggosok Baju Bayi, Salah Satu Cara Ibu Prihatin Memelihara Kulit Si Kecil

Haba dari seterika boleh membunuh serangga micro yang tidak kelihatan!

Events Sat, 12 Oct 2024

10 Tahun Dalam Industri, Aina Abdul ‘Gerun’ Genggam Trofi Bintang Paling Popular ABPBH36

Sebaknya! Betul tu Aina… siapa Aina hari ini adalah asbab doa ibu dan mereka yang sayangkan Aina❤️

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Dituduh Tak Mahir Buat Kerja Dapur, Tya Ariffin Tampil Balas Komen Netizen

Amboi sedap mulut je cakap Tya tak pandai buat kerja dapur 😂 Steak Tya masak favourite Tokti okay 😏

Featured Wed, 6 Apr 2022
Featured Mon, 20 May 2024
Featured Mon, 29 Aug 2022

“Letupan Tu Real” – Syafiq Yusof Utamakan ‘Wow Factor’ Berbanding Kos

Fuhhh letupan tu semua real tau! Rugi kalau tak tengok.

Featured Thu, 25 Jun 2026

“Ada Yang Nilai Terlerainya Sangkar Namun Tak Pernah Tahu Mengapa Burung Memilih Terbang” – Luahan Aslam Selepas Sah Bercerai Dengan Marissa Raih Perhatian

Aslam menyorot perhatian selepas dia memuat naik luahan seolah-olah menggambarkan perasaannya pada ketika ini.

familuv Thu, 29 Dec 2022
error: Content is protected !!