Akui Hidup Sunyi, Zizan Razak Kena ‘Abang-Zone’ Dengan Hawa Rizwana

Pelakon Zizan Razak memberitahu dia tidak pernah mencuba untuk mendekati pengacara, Hawa Rizwana yang digosipkan bersama.

Memetik laporan Utusan, dia tidak ada masalah apabila Hawa sendiri menyatakan bahawa dia hanya menganggap Zizan sebagai seorang abang.

“Bagi saya tak ada apa pun. Saya sendiri tak pernah anggap dia lebih daripada seorang adik. Kami hanya berkawan. Tetapi jangan pula ada yang kata saya ‘adik-zone’ dia. 

“Kami memang tak pernah ada apa-apa hubungan yang lebih daripada sekadar kawan. Saya pun tak pernah cuba mengurat dia,” ujarnya.

Selain itu, dia tidak kisah dengan spekulasi orang ramai apabila sering dikaitkan dengan selebriti wanita yang sedang dia bekerjasama.

“Kalau nak kata penat tak boleh juga. Spekulasi itu boleh buat orang gembira,. Peminat ada impian pasangan pilihan mereka masing-masing. Saya ada juga cakap dengan Hawa, layankan jelah.

“Di kala industri penuh dengan cerita sensasi, kita beri ‘bunga’ kepada peminat. Tak berkecil hati pun. Saya sendiri pun masih solo, sibuk dengan kerja,” jelasnya.

Disoal sama ada dirinya sunyi hidup bersendirian, pelakon Abang Long Fadil ini mengakui sunyi apabila melihat rakan-rakan di sekeliling bahagia dengan pasangan masing-masing.

“Jujur cakap, adakala memang sunyi. Bila tengok rakan-rakan lain bahagia dengan pasangan mereka, terbit pertanyaan bila aku nak rasa semua itu.

“Tetapi saya percaya dengan jodoh. Tuhan akan beri pada waktu yang terbaik,” katanya.

Maya Basir