Hiburan By: Fatin Nurain August 20, 2023 @ 7:05pm

Akui Media Sosial Beri Impak Negatif Pada Kesihatan Mental, Amir Jahari Pilih Untuk Berehat

Penyanyi dan komposer, Amir Jahari mengakui penggunaan media sosial mampu memberi impak negatif pada kesihatan mentalnya.

Menurut Amir, dia pernah memilih untuk berehat daripada menggunakan media sosial selepas menyedari ragam setiap pengguna.

“Saya selalu buat ‘live’ di TikTok. Pada sesi itu, ramai yang masuk adalah anak-anak muda. Jadi, kadang-kadang saya fikir diri ini hanyalah ‘puppet’.

“Saya kena dengar cakap mereka, misalnya, mereka suruh nyanyi lagu Hasrat… Saya kenalah dengar.

“Jadi, untuk saya mendidik dan memberi perspektif baharu pada sesi ‘live’ sudah tidak boleh. Itu yang saya fikir perlu berehat daripada media sosial.

“Selain itu, kadang-kadang komen netizen tiada adab dan tatasusila. Jadi, saya fikir artis perlu ada masa untuk berehat daripada media sosial,” katanya.

Memetik laporan BH Online, pelantun lagu Hasrat itu turut berpendapat bahawa setiap penggiat seni tanah air perlu mempunyai pasukan yang menjaga dan memantau akaun media sosial.

“Kalau artis sendiri yang kendalikan akaun media sosialnya, mungkin dia akan ada ‘writer’s block’ dan boleh jadi keyakinannya jatuh.

“Perkara ini remeh tetapi penting sebab orang seni ini jiwanya halus dan cepat terasa,” katanya.

Umum tahu, sebelum ini Amir pernah membuat keputusan meninggalkan dunia seni dan tampil menggunakan nama komersil Hamba sebagai penjenamaan semula.

“Hamba memberi kesan positif sebab peminat yang datang kepada Hamba itu sangat berbeza berbanding sebelum ini. Kemudian, tahun lalu arwah ayah saya meninggal dunia.

“Ketika saya meletakkan jasad ayah saya ke liang lahad, saya tengok wajahnya. Saya terfikir ayah banyak meninggalkan legasi kerana beliau anggota polis.

“Saya terfikir apa peninggalan saya nanti. Jadi, saya kembalikan nama Amir Jahari dengan tujuan untuk meninggalkan legasi yang baik pada keluarga dan generasi akan datang.

“Jadi, perancangan saya untuk tampil dengan sebuah lagi album dan bingkisan ketiga pada tahun depan,” katanya.

Sumber: BH Online

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 5 Nov 2022

“Kadang Saya Penat Buat Lawak, Tapi Suami Pula Dapat Nama” – Ain Edruce

Pengacara dan pelakon, Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat ‘gila-gilanya’. Namun, rata-rata lebih tertumpu kepada suaminya, Amirul Hafiz yang kerap membuat ramai rakyat Malaysia terhibur melihat TikTok […]

Hiburan Sat, 21 Sep 2019
Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Tiada Penangguhan Lagi, Farid Kamil Masuk Penjara

Semoga Datuk Farid Kamil dan keluarga tabah menunggu tempoh 9 bulan berlalu.

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

‘Hanya Bercuti, Bukan Berhenti’- Nubhan Nekad Kembali Aktif Menyanyi

Tiga tahun tanpa single, finally Nubhan is back!