Alahai Comelnya Anak Sulung Abam Bocey!

Terserlah kegembiraan pada wajah pelawak Abam Bocey selepas bergelar bapa, baru-baru ini.

Menerusi laman Instagramnya, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah mengumumkan nama anak lelaki sulungya itu.

“Alhamdulillah selesai majlis aqiqah anak saya, Syed Uthman Hamzah hari ni.

“Terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan majlis aqiqah anakanda saya,” tulisnya.

Rata-rata peminat Abam memuji kecomelan bayi lelaki yang lahir pada 14 Jun lalu.

Abam dan isteri, Siti Norhidayah telah mendirikan rumahtangga pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

SGMS Faida