Alahai…Lepas Warna Kulit, Lutut Haneesya Hanee Pula Dikecam!

Baru-baru ini kecoh di laman sosial selepas bekas Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan dia menyarungkan sebuah busana yang menampakkan lutut.

Apa yang menarik perhatian apabila sebilangan besar pengikutnya meninggalkan komen sinis mengenai keadaan lutut wanita berusia 19 tahun ini.

Haneesya atau nama lengkapnya, Syarifah Haneesya Sayed Sahlan menjelaskan menerusi kapsyen gamabar itu, dia juga manusia biasa yang mempunyai kekurangan diri.

“Atas sebab itu anda perlu mengawal rasa takut itu dan perlu ada keyakinan yang tinggi. Awak tahu tak, saya tidak mahu ambil peduli dengan kata-kata kecaman lagi. 

“Edit kena kecam, tak edit pun kena kecam. So sila kan,” tulisnya di Instagram.

Terdahulu,  pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini pernah bersuara dan menyedarkan masyarakat supaya tidak lagi memandang rendah serta menghina fizikal orang lain. 

Sementara itu, Haneesya turut memuatnaik video ‘balasan’ untuk netizen yang asyik mengecam dan mengangkat topik warna kulitnya di media sosial.

Sabarlah ya Haneesya…

 

SGMS Faida