Categories: HiburanSelebriti

Alahai! Sweetnyer Amar Baharin Prank Isteri

Isteri mana yang tak terharu bila suami buat kejutan, betul tak? Walaupun, ianya simple tetapi cukup manis untuk dijadikan memori. Alahai, bertuahnya Amyra Rosli ni kan? Mana taknya, si suami sempat buat kejutan lagi tau.

Menerusi video berdurasi 6 minit, Amar sempat menyamar menjadi pemandu grab food untuk memberi kejutan buat isteri tercinta yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri popular Nur 2. Jom kita tengok, macam mana reaksi Amyra bila suami sendiri menyamar jadi pemandu grab food.

Berdasarkan caption di laman Youtube pasangan ini, Amar memberitahu isterinya itu kelaparan, namun tidak terdapat penghantaran makanan disekitar kawasan penggambaran itu itu dijalankan.
Dan, rata-rata peminat pasangan ini memuji sikap romantik yang ditunjukkan oleh Amar Baharin buat isterinya, Amyra Rosli.
Haa, buat para suami kat luar sana mungkin inisiatif  ini boleh diambil untuk memberi surprise buat si isteri? Sekali-sekala buat benda sweet buat isteri apa salahnya kan?
Salma Syahbuddin