Suami Dituduh Curang, Sharifah Sakinah Bengang?

Bengang dengan tindakan seorang wanita tak dikenali, pelakon Sharifah Sakinah memuat naik paparan mesej yang dihantar kepadanya.

Wanita tak dikenali itu memberitahu suaminya, Aliff Adha sedang bermain kayu tiga dibelakangnya.

Lantas, Sakinah memberi amaran agar wanita itu tidak masuk campur dalam urusan rumah tangganya.

“Perhatian kepada orang luar yang tidak tahu tentang kehidupan dan hubungan rumah tangga saya, dengan rasa penuh hormat tolong berambus.

“Kami tidak perlukan perhatian atau tuduhan tidak berasas dalam kehidupan peribadi saya. Siapa anda pelik gila,” ujarnya pada Jumaat.

Wanita itu juga cuba menuduh suaminya mempunyai hubungan dengan seorang pramugari.

Menerusi akaun bernama @Mia,Haidy itu, individu berkenaan menghantar sekeping foto kepada pelakon berkenaan.

“Salam kak Sharifah, saya nak tanya tapi bukan nak menuduh. Cuma saya dapat gambar ini dari IG seorang perempuan ni.

“Harap kak Sharifah tabah walau apa pun jadi dalam hidup, I janji tak akan bagitahu tentang ni. I perasan dari dulu lagi sebab perempuan tu pramugari,” ujar wanita pada paparan skrin tersebut.

Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada Mac 2015 dan memiliki cahaya mata bernama Anais Adha.

SGMS Faida