Categories: HiburanSelebriti

Alami Masalah Turun Darah, Abby Abadi Jalani Pembedahan

Pelakon Abby Abadi ditahan di wad seterusnya terpaksa menjalani pembedahan akibat masalah turun darah.

Hal ini dimaklumkan oleh bekas suaminya, pelakon Norman Hakim menerusi laman Instagramnya, hari ini.

Menurut Norman, dia memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan Abby.

“ALLAHU…saya terpaksa share sebab saya nak merayu kepada semua mohon doakan keselamatan kedua-dua,mama & baby dalam kandungan.

“Mummy bagitahu baru dapat msg@call dari Abah @jaiezzany (panggilan suami Abby) beritahu yang Mama @abby_abadi112 turun darah. Kemungkinan besar kena operate untuk selamatkan nyawa ibu dan anak,” tulisnya.

Tidak lama kemudian, dalam entri berlainan, Norman dimaklumkan oleh suami kepada Abby, Muhammad Faizal Zakari bahawa Abby telah dibawa ke bilik pembedahan.

“Mohon ampunkan segala dosa mama @abby_abadi112 sekiranya ada supaya dapat dipermudahkan segalanya…BISMILLAH,” tulisnya.

Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakari pada 14 Ogos 2015.

SGMS Faida