“Alhamdulillah, Ibu Shuib Pun Senang Dengan Saya…” – Dikaitkan Ada Hubungan Dengan Shuib, Ini Respons Wan Sharmila

Nama pelakon Wan Sharmila kecoh baru-baru ini selepas ibu kepada pelawak Shuib, Salamiah Jalani memuat naik foto dan kapsyen ‘manis’ seolah-olah kedua pasangan selebriti ini sedang menjalinkan hubungan mesra.

Namun, Salamiah akhirnya memaklumkan bahawa fotonya bersama pelakon Tari Tirana itu hanyalah sekadar peminat dan artis kegemaran sahaja.

Bahkan, dia juga menghormati dan menyukai sikap ramah yang ditunjukkan Wan Sharmila selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Biar Gambar Berbicara…” – Muat Naik Foto Mesra Bersama Wan Sharmila, Ibu Shuib Beri ‘Hint’?

ARTIKEL BERKAITAN:Kapsyen ‘Biar Gambar Berbicara’ Cetus Persoalan Hubungan Shuib & Wan Sharmila, Ini Respons Ibu Shuib

Bagaimanapun, Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala memaklumkan, dia sebenarnya selesa bersama ibu Shuib apatah lagi, wanita itu sentiasa bersikap positif terhadapnya.

“Alhamdulillah, saya rasa senang terutamanya apabila dapat berjumpa dengan orang yang lebih tua daripada saya. Ibu Shuib pun selesa dengan saya dan bagi saya, lsaya selesa kerana dia sebagai orang yang lebih tua menunjukkan sikap positif kepada saya. Sekurang-kurangnya dapat juga saya menambah kawan,” katanya.

Sementara itu, Lala juga mengakui hubungannya bersama Shuib hanyalah sekadar kawan sahaja memandangkan kedua-duanya pernah berkerjasama.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Suka Tengok Dia Sebab…” – Ini Respons Shuib Apabila Dijodohkan Dengan Wan Sharmila

ARTIKEL BERKAITAN:‘Jodoh Saya On The Way Kot’- Wan Sharmila Tak Memilih Calon Suami

ARTIKEL BERKAITAN:“Tanggungjawab Ibu Tiri Sangat Berat” – Netizen Tak Setuju Shuib Kahwin Lain

ARTIKEL BERKAITAN:Shuib Enggan Berkahwin Dengan Selebriti Atau Usahawan – “Tidak Kisah Calon Daripada Kalangan Wanita Biasa”

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin