Mas Idayu Akui Banyak Dugaan Menjelang Hari Bahagia – “Kami Bermasam Muka Sewaktu…”

Biarpun sedang sibuk membuat persiapan untuk hari bahagia, penyanyi Mas Idayu mengakui banyak dugaan yang diharungi bersama bakal suaminya yang juga penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa.

Menurut Mas Idayu, dia rasa dan takut gementar apabila perlu menghadapi beberapa ujian bersama pasangan ketika proses persiapan perkahwinan dijalankan.

“Betul, perasaan ‘takut’ itu ada. Saya sangat gementar memandang majlis nikah semakin dekat. Banyak ujian yang saya lalui ketika sedang menunggu ke tarikh perkahwinan.

“Contohnya, sebelum ini belum pernah bermasam muka, tetapi kami bermasam muka sewaktu tempoh melaksanakan persiapan.

“Mungkin juga dugaan dan ujian buat kami. Apa yang saya harapkan agar saya dan pasangan akan terus pandang ke depan, tanpa menoleh ke belakang,” katanya.

Selain itu, Mas Idayu juga pernah kemukakan kebimbangannya kepada Sufian sekiranya dia kerap mengambil penyanyi itu bekerja menerusi program terbitannya.

Namun, penyanyi itu menyatakan Sufian akan mengambilnya bekerja jika program tersebut layak untuk mereka bekerjasama.

“Dulu, kami bekerjasama sebagai kawan. Tapi lepas ni saya akan bekerja dengannya sebagai suami isteri. Saya ada tanya dia, tak takut ke nanti orang kata asyik ambil isteri untuk program yang diterbitkan.

“Tapi menurutnya, kalau program terbitannya layak untuk saya, pihak stesen akan panggil saya. Jika tidak layak, mereka akan panggil orang lain. Saya percayakan apa yang dia katakan pada saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mas Idayu memaklumkan dia akan membuat satu pengumuman pada 21 Ogos depan.

Sumber: Gempak

Fatin Nurain