Alhamdulillah…Kaka Kini Bergelar Isteri

Penyanyi Kaka selamat bernikah dengan lelaki pilihan hati Adam Azriff pada jam 10 malam tadi.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dengan mas kahwin RM300 berwalikan bapa saudaranya iaitu Nor Izam Aminuddin.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan saya dan Adam berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Allah dan semua pihak atas doa restu dan ucapan selamat untuk kami berdua,” kata Kaka dalam satu kenyataan media dikeluarkan syarikat rakamannya, Warner Music.

Tampil dengan gaya sederhana berkebaya putih, seri pengantin Kaka jelas kelihatan.

Majlis pernikahan diadakan di kediaman penyanyi itu di Klang, Selangor dalam suasana sederhana dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

Dalam pada itu majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, Kaka memberitahu dia mengenali Adam sejak setahun lepas dan mula menjalinkan hubungan cinta tiga bulan lalu.

SGMS Faida