Neelofa Jadi Model Antarbangsa Pula?

Rezeki mencurah-curah sepanjang 2018 ini membuatkan nama Noor Neelofa Mohd Noor ini semakin dikenali diserata dunia. Kalau baru-baru ini model popular antarabangsa Bella Hadid menjadi antara salah-satu followers beliau dilaman instagram, terbaru Lofa dipilih sebagai model untuk agensi antarabangsa terkenal Established  Model (ET) yang berpengakalan di London, United Kingdom. 

Gambar yang dimuat naik menerusi akaun instagram @estmodels ini semalam telah menarik perhatian peminat dan juga pengamal media tempatan untuk mengucapkan tahniah buat Lofa diatas pencapaiannya ini.

Jadi tidak hairanlah sekiranya Lofa sering dilihat berulang-alik ke kota London demi memenuhi tuntutan kerja beliau.
Est merupakan sebuah agensi model terkenal dunia yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan mempunyai pengalaman lebih dari 50 tahun bekerja dengan agensi ternama dunia. Antara jenama terkenal itu ialah, Versace, Burberry, Saint Laurent, Tom Ford dan banyak lagi.
Kalau kita lihat sendiri,  antara model-model dibawah agensi @estmodels ini mereka ternyata bukan calang-calang orangnya ye, antara model mereka termasuklah, @benjamin.aston, @suzana_horvat, @lucierosedonlan, @iamsabaah dan ramai lagi. Ini secara tidak langsung membutakan kita boleh berbangga, kerana Lofa merupakan satu-satunya wanita asia berhijab yang dipilih sebagai model untuk agensi terkenal ini.
Salma Syahbuddin