Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 16, 2023 @ 1:21am

“Alhamdulillah Masih Sihat” – Nama Sama Dengan Arwah, Berita Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia Buat Ramai Keliru

Sebelum ini, warganet dikejutkan dengan berita pemergian seorang individu yang memiliki nama seperti pelakon Datuk Jalaluddin Hassan sekaligus mengelirukan ramai orang.

Lebih mengejutkan, apabila ada portal memuat naik semula berita tentang pemergian individu yang merupakan seorang pendakwah yang berasal dari Singapura itu dengan menggunakan foto pelakon veteran tersebut.

Memetik laporan mStar, Jalaluddin juga turut terkejut dengan berita yang tersebar itu, malah pendakwah tersebut telah menghadap ilahi pada dua tahun lepas.

“Secara umum, orang di Malaysia tahu nama Jalaluddin Hassan itu merupakan seorang selebriti. Jadi, apabila keluar berita sebegitu keadaan jadi kelam-kabut. Saya juga pelik kerana dapat tahu Ustaz Jalaluddin Hassan dari Singapura itu telah meninggal dunia tahun 2021. Kenapa sekarang diperkatakan lagi?

“Apabila ramai yang keliru dan ada yang tidak membaca penuh berita tersebutt mereka terus menangis. Banyak panggilan yang saya terima untuk dapatkan kepastian. Apa yang menakutkan adalah apabila saya tidak dapat menjawab panggilan dan mereka ingatkan berita tersebut betul.

“Bukan saya sahaja, malah keluarga juga banyak terima panggilan. Jadi berita begini boleh ganggu ketenteraman saya, keluarga dan peminat,” jelasnya kepada mStar.

Susulan itu, Jalaluddin berharap berita sebegini tidak lagi ditularkan supaya tidak menimbulkan salah faham kepada orang ramai.

“Tak tahulah kenapa ada yang sanggup tulis berita sebegitu. Tolonglah hentikan cerita yang boleh buat orang salah faham. Jelaskan dengan betul siapa yang meninggal dunia dan jangan sengaja nak cipta sensasi,” katanya.

Oleh itu, dia menjelaskan bahawa dirinya dalam keadaan sihat dan baru sahaja pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada awal Februari lalu.

“Saya pun baru balik Umrah. Jadi tak mustahil ada orang anggap berita itu benar. Setiap kali dapat panggilan atau mesej saya akan jawab Alhamdulillah masih sihat.

“Saya ingat lagi sebelum ini ada seorang sahabat yang bergegas mahu datang ke rumah selepas baca berita sebegini dan kebetulan pula dia tidak dapat menghubungi saya,” ujarnya lagi.

Sumber:mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Feb 2021

Harap Perjalanan PdPR Lebih Memberi Kesan & Progresif, Ibu Bapa Pelajar Tak Sabar Tunggu DidikTV Dilancarkan!

Bermula esok, 17 Februari 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan pelancaran […]

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Wed, 27 Aug 2025
Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Bukan Lagi Anak Menteri, Dafi Lega Perubahan Bapanya?

Jujur saya katakan, pada awal selepas hal itu berlaku (peralihan Kerajaan), sana dan adik beradik juga tertanya, apa yang akan terjadi seterusnya.

error: Content is protected !!